Thursday, December 18, 2008

Dugaan Alam Pertunangan


Kata orang.. alam pertunangan ini banyak dugaannya, dan ini sering membuatkan ramai yang tertanya-tanya.. apakah dan bagaimanakah bentuk dugaan-dugaan yang mungkin terpaksa dilalui itu?

Sewaktu sebelum kita bertunang, kita mesti membayangkan dugaan itu akan datang dari pihak ketiga.. iaitu sama ada, orang lain yang tiba-tiba muncul menganggu perhubungan pertunangan kita. Ataupun dugaan daripada pihak keluarga seperti ibu, bapa, atuk, nenek, atau sedara-mara yang mungkin tidak berpuas hati dengan ikatan pertunangan kami.

Namun begitu.. sangkaan इतु mungkin sedikit meleset. Sebenarnya.. ujian & dugaan terbesar yang wujud di alam pertunangan.. bukanlah berpunca daripada orang @ pihak lain. tetapi, dugaan yang terbesar biasanya adalah berpunca dari dalam diri kita sendiri.

Antara dugaan yang terbesar sewaktu di alam pertunangan ini.... adalah dugaan melawan hawa nafsu yang semakin melonjok-lonjak. Maklumlah, orang kata, apabila sudah berunang ini, sebelah kaki dah melangkah ke alam rumahtangga. Namun begitu.. apa yang perlu kita faham.. ikatan pertunangan tidak lagi menghalalkan apa-apa pun antara lelaki dan perempuan.

Sudah bertunang, tidak bermaksud anda sudah boleh berdua-duaan di tempat yang sunyi.
Sudah bertunang juga tidak bermaksud anda sudah boleh bertepuk tampar , bercium - ciuman atau pun berpeluk-pelukan di khalayak ramai.

Ramai pasangan bertunang yang terkeliru tentang hal ini. Pada pendapat mereka.. "Alah.. kan dah tunang.. apa salahnya?".

Ops!.. anda sudah silap.. ia sememangnya sesuatu yang salah..

Tujuan saya memberitahu anda hal ini adalah kerana ingin menyedarkan kita samada belum atau sedang bertunang, bahawa dugaan alam pertunangan itu sebenarnya bukan sahaja datang dari luar, tetapi ia juga boleh datang dari dalam diri anda sendiri।Yang dah selamat bernikah tu takpe la. Jadi.. bersiap-sedialah.. sama ada dari segi kekuatan iman mahupun kekuatan kewangan.. kalau kuat kewangan.. insyallah tempoh pertunangan itu dapat dipendekkan.. sekaligus dapat mengurangkan dugaan-dugaan tersebut

Yerla.. duit semua dah cukup.. buat apa nak tangguh-tangguh lagi yer tak?.... kahwin je terus.. habis cerita! Insyallah tenang sedikit hati yang sedang bergelora itu..

Jadi... jaga iman anda dan jagalah ikatan pertunangan anda. Jangan tension-tension dan banyakkan berdoa memohon Allah permudahkan segala urusan dan perjalanan hidup anda untuk menuju gerbang perkahwinan.

Oklah..

Wassalam.

0 comments:

Template by - Abdul Munir | Daya Earth Blogger Template