Sunday, March 29, 2009

Masihkah Kita Ingat? Di Saat Kegembiran Kita Dulu...

Tuesday, March 24, 2009

6 perkara yg Allah sembunyikan


dipetik dari http://idhamlim.blogspot.com/

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara

timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:

"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?."

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak"

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud.
"Wahai Jibrail, ka! mu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya

mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu

itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."

Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"

Lalu Allah berfirman yang bermaksud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..."

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa. Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbangla malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau

sepertiganya, atau seperempatnya? "

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh
dari
beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... ."

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redhaNya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murkaNya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalambulan Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang palingutama di dalam solat (yang lima waktu).
* Allah S.W.T telahmenyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam

Kalau rajin... Tolong sebarkan cerita ini kepada saudara Muslim Muslimat
yang lain agar menjadi renungan dan pelajaran kepada kita semua. Ilmu
yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang
mengajarnya meskipun dia sudah meninggal dunia...

Wednesday, March 4, 2009

Persidangan Bawah Pokok Ada Dalam Qur^an Dan Sejarah




Persidangan DUN Perak di bawah pokok pada 3 Mac 2009 mengingatkan saya kepada peristiwa Bai’ah di bawah pokok semasa Rasulullah masih di Mekah. Malah, meruntun saya merujuk kepada al-Qur^an tentang peristiwa tersebut.

Allah menyatakan peristiwa serta hati-hati mereka yang terlibat dengan Bai’ah tersebut dalam Surah al-Fath, ayat 18:

لقد رضي الله عن المٶمنين ٳذ يبايعونك تحت الشجرة فعلم ما فى قلوبهم فأنزل السكينة عليهم وأثابهم فتحا قريبا

Terjemahan: “Sesungguhnya Allah telah redha terhadap orang-orang mukmin, ketika mereka berbai’ah dengan kamu di bawah pohon, lalu Dia mengetahui apa yang di dalam hati mereka, kemudian Dia menurunkan ketenangan ke dalam hati mereka dan memberi ganjaran kepada mereka dengan kemenangan yang dekat.”

Bai’ah adalah peristiwa yang amat-amat penting dalam politik dan perancangan Rasulullah sebelum berhijrah ke Madinah. Justeru, para pengunjung yang beriman patut mengambil pengajaran dari peristiwa Bai’ah tersebut. Hayatilah firman Allah tersebut untuk panduan dalam perjuangan.

Tuesday, March 3, 2009

Aku Bukan Musuh Harta Dan Dunia....


Monday, March 2, 2009

Siapa Siti Khadijah Di Hati Rasulullah?




Sayidatina Khadijah r.a mempunyai kedudukan yang istimewa di hati Nabi SAW. nama sayidatina Khadijah sering baginda sebut-sebut walaupun telah meninggal dunia. Rasulullah SAW pernah berkata "Sesungguhnya Khadijah itu seorang wanita yang utama, bijaksana dan darinya aku dikurniakan anak". Dalam kata lain, Rasulullah pernah berkata "Khadijah beriman ketika orang-orang kafir kepadaku, dia membenarkanku ketika orang-orang mendustakanku dan dia membantuku dengan hartanya ketika orang-orang lain memulauku".

memang sukar untuk memperincikan sumbangan khadijah kepada rasulullah. sedari awal perkahwinannya dengan rasulullah sehingga wafatnya, kisah hidup beliau penuh dengan pengorbanan. ketika nabi saw menyatakan keresahan didatangi jibril, sifat keibuan yang tinggi dan isteri yang penyayang membuatkan khadijah dapat menenangkan rasulullah. ketika nabi saw berdakwah, dia pula menjadi pembantu perjuangan. khadijah bukan hanya sanggup memberikan sokongan moral tetapi juga mengeluarkan harta untuk jihad dan perbelanjaan umum.

cinta nabi saw kepada khadijah bukan pada kecantikan paras rupa. tetapi cinta sejati berasaskan pada kesetiaan khadijah, pengorbanannya, kesabarannya, perlindungan dan pembelaannya serta zuriat yang pernah dikandungnya.


Template by - Abdul Munir | Daya Earth Blogger Template